Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts

Monday, February 9, 2009

makan & riadah di subang jaya..

host kali ini ialah elly n kimae..mulanye nak wat makan2 kecik je..nak menjamu kapel dr muar johor, tini & abg pesal berada di kl weekend tu..tp at the end, ia jadi satu makan2 besar dgn kehadiran:

kimae the host
elly the chef
abg the broken bone
kak aya the successful dishwasher (huhuhu)
nira the drink care taker
abg pesal the pelahap
tinie the teacher
makyang the supporter
mak the sifu
maksu the hajjj
uncle the nike sponsored
pekah the blower
alip the poser

menu dari subang jaya bersama chefnya elly - nasi ayamm..


dalam persediaan..
nira membantu menyediakan air - sirap bandung aiskrim soda
kak aya membantu membuat sos nasi ayam & potong buah2an..


dan hasilnya..tada..

salad dan hiasan ayam tu semua hasil tangan en kimae..

so seterusnya..apaa lagii..menjamu seleraaa laa..


h

bila perut sudah kenyang, kami lepak layan horror movie - SAW V


then..kul 5:30 ptg, kami proceed main badminton di 3K..nana n azmi join sekali selepas 2 hari menghadiri kursus kawen..

siap conquer 3 gelanggang tu..huhuhu..













ala2 tugu peringatan tu..heheh..



mmg bes rasa sbb lama x gather camgini..

terima kasih en kimae kerana byk membantu, dan terima kasih kak aya sbb membantu kemas..dan terima kasih lain2 kerna memeriahkan program ini..tenkss semua..

Sunday, July 20, 2008

laporan badminton - 190708 @ sabtu

kehadiran pada aktiviti badminton kali ini memuaskan..pada mulanya, org yang confirm hanya 6 orang - 3 kapel iaitu elly, kimae, abg, aya, nana & azmi...so utk main 2 jam, sure hauslaaa kann kalau kurang orang..tp alhamdulillah di minit terakhir, maksu, nira & alip turut serta..dan di minit2 terakhir, pasangan veteran - mak (cik nah) and apak (en mokhtar) turut serta...

so kehadiran pada hari tersebut:

elly
kimae
abang
aya (nih peserta baru..rohaya namenyaa)
maksu
nira (siap dtg dr kampung n bawa bersama rambutannnnnn..)
alip
nana
azmi (jd tukang tonton sbb demam teruk..)
mak (penaja minuman pd hari tersebut..)
apak (kejutan besarrr dgn kehadiran apak..)


permainan dimulakan dgn 2 pasangan iaitu elly kimae & abg aya..selain dr tu x sampaii lagi..pasangan abg & aya berpakaian sama, cam janji2 je tp kate depa x berjanji pon..kire kata hati yang samelaa..huhuh..waaaa pepehal dah sehati sejiwa..huhuhu..

so perlawanan pertama antara elly kimae & abg aya...pasangan bahgia elly & kimae tewas dgn pasangan baru abg & aya...kire depaa ni boleh tahann laa serasinyaa..cantek2 je games berakhir, maksu & nira enter..so perlawanan bersambung dgn pasangan baru abg & aya lawan pasangan baru tiba - maksu & nira...dlm perlawanan ini, elly xtau result...rasenya pasangan abg & aya menang gak..tapi pasangan maksu & nira memberi saingan kuat juga kepada pasangan ini..

perlawanan seterusnya diteruskan dgn pasangan elly kimae lawan nira aya...pasangan nira aya menewaskan pasangan elly kimae dgn mata sipi 21-20...kemudian alip, nana & azmi enter the court, depa baru dtg selepas 3 perlawanan berlangsung...perlawanan diteruskan antara abg aya bersama nana alip...azmi hanya menjadi penonton kerana keadaan beliau yang tidak mengizinkan..azmi kurang sehat - demam panas..walaubagaimanapon terima kasih atas support anda..juga telah tiba pada masa yang sama adalah pasangan dari jauh, cik nah & cik mokhtar, all the way from rawang..bersama2 mereka adalah bekalan air pada hari tersebut...

perlawanan antara abg aya & alip nana mmg menarik, mereka berlawan sbyk 2 set..set pertama dimenangi oleh pasangan abg & aya..sementara set kedue, siapa erk? setahu elly laa pasangan nana alip memberikan saingan yang senget...isk, sorila elly xde update sgt psl mata2 kemenangan atau kekalahan..elly sebok makan rambutan and tangkap gambar..huhuhu...


next perlawanan antara kimae maksu dan nana alip..pasangan kimae maksu telah ditewaskan oleh pasangan nana alip...match diteruskan dengan anak beranak maksu alip and nana kimae...perlawanan ini dimenangi oleh pasangan anak beranak dgn mata sipi 21-20...perlawanan terakhir utk kali ini adalah perlawanan single antara abg & aya..setelah setiap perlawanan menjadi bergu, mereka sesame sendiri mau berlawan..tp elly x dpt update tentang mata perlawanan tersebut...sesape bolehlaa updatekan erk..


kami semua balik meninggalkan gelanggan dan balik ke rumah pada pukul 7:30pm..

walaubagaimanapon aktiviti tidak berakhir si situ..en mokhtar ingin membelanja kami semua..so pada jam 8:30mlm, kami semua berkumpul die windmill kat ss 13 subang jaya..makan besar kami sekalian seramai 13 orang...utk makan malam ini, kami disertai oleh 2 lagi kaum keluarga - pekah (yang balik dr jalan2 di klcc) dan uncle (yang baru sampai dr penang)..

kebetulan 1907 adalah besday pekah..so satu restauran nyanyikan lagu utk pekah & siap dpt kek free..so eppy besay pekahh!!!!!!!


dan utk makan2 ini, thannnkssssssssssssssss apakkk aka en mokhtarr kerana bermurahh hati menajaaaa makan minum pd malam tersebut..

lain2 biarlaaa gambar ceritakannn semua..


Monday, February 4, 2008

Laporan Badminton on 19/01/08 (Sabtu) @ 8:30pm

_____________________________________________
From: Mohd Faisal Bakeri [mailto:mohd_faisal@sapura.com.my]
Sent: Monday, January 21, 2008 9:02 AM
To: Abang; Along; Ecah; Honey; Maksu; Nana; Nira; Norshelley Mokhtar; Syihan; Zakiman; Zeda
Subject: Laporan Aktiviti Permainan Badminton

Assalammualaikum w.b.t

Buat pengetahuan semua, pada hari Sabtu bersamaan 19 Januari 2008, satu aktiviti bermain badminton bersama sedara mara telah dianjurkan oleh pasangan pengantin baru kita iaitu En Zakiman dan pasangan Pn Norshelly… Aktiviti ini dijadualkan bermula 8.30pm – 10.30pm, tetapi malangnya pihak penganjur gagal menepati masa yang ditetapkan oleh pihaknye sendiri… mereka slightly lewat sket dalam kira2 5-10 min padahal diorang yang paling dekat dengan venue aktiviti ini dijalankan… keadaan ini menyebabkan otai family kita (maksu la tuh) telah mula membebel bebel… maklumlah rombongan dari keramat yang turut disertai oleh Pn Kamaliah, Cik Nira, Cik Pekah dan Cik Ecah telah awal2 lagi dah tercegat di venue yang dijanjikan iaitu bertempat dia Sport Raquet and Golf Club (SRGC) Subang Jaya… keadaan Maksu (Pn Zabedah) yang mula tidak tentu arah telah menyebabkan Ecah terpaksa membuat beberapa panggilan kepada pasangan pihak penganjur sehingga menyebabkan Ecah telah kehilangan moodnye… so moralnye, pihak penganjur perlu mendisiplinkan diri kalo menganjurkan sesuatu aktiviti… sila hadir awal 5 minit sebelum aktiviti dijalankan… Berikut ada senarai kehadiran aktiviti yang disebut di atas :

Senarai Kehadiran:

1-Maksu
2-Mak Yang – pemerhati setia diluar gelanggang
3-Nira
4-Pekah
5-Ecah
6-Pesal
7-Abang
8-Zakiman
9-Elly
10-Cik Nah (datang slightly lewat dengan alasan sesat… maklum la dah lama sangat menetap di Rawang tu)

Senarai Yang Tidak Hadir Setelah Dijemput Beserta Alasan:
1-Zeda & Bad – Terpaksa pergi ke Putrajaya untuk bertapa terlebih dahulu
2-En Mokhtar Ahmad – Pengantin lama yang tak larat bermain lagi
3-En Haned – Menyimpan tenaga untuk perlawanan tennis pada keesokan harinya
4-Alip – Diculik oleh penculik Sharlinie ( Dikatakan berada disekitar Kuching dan Johor)

Pada jam kira2 8.45pm pihak penganjur telah membuat bayaran tempahan court badminton, dan sambil berjalan menuju court pihak penganjur telah mengutip yuran penyertaan Rm 10 hengget dari para peserta (yang telah bekerja shj)… setelah semua peserta berkumpul di court No 2, secara rasminya aktiviti bermain badminton telah bermula… semua peserta malu2 untuk memasuki court tetapi malangnya ia tidak berlaku kepada maksu… maksu dgn tanpa segan silunye memasuki court untuk memulakan aktiviti… oleh kerana yang lelain sumer malu2 dan utk tidak mengewakan maksu pesal telah memasuki court untuk memulakan aktiviti dgn sesi memanaskan badan bersama maksu… kelihatan zakiman memilih cara lain untuk memanaskan badan… beliau terlebih dahulu melakukan membuat senaman ringan dan stretching di sudut court dengan bersungguh sungguh, maklumla sejak akhir2 ni busy dengan aktiviti lain bersama pasangannya uhuhu… setelah badan peserta sudah agak suam2 kuku… pasangan maksu/pesal telah mencabar pasangan pengantin baru untuk memulakan aksi perlawanan badminton… perlawanan bermula dengan lembab dan kedua dua bergu masih belum menunjukkan keserasian dalam permainan… tetapi setelah beberapa ketika… bergu maksu/pesal kelihatan sibuk mengutip mata demi mata manakala bergu pengantin baru terkial kial mencari rentak yang sesuai didalam court badminton sehingga sesekali mereka berlaga sesame sendiri… maklum la sebelum ni busy mencari rentak di gelanggan lain dimana mereka memang tak mempunyai masalah langsung… uhuhuhu…. Dan akhirnya keputusannya bergu pengantin telah Berjaya… nanti dulu, bukan Berjaya menang tau tetapi Berjaya mendapatkan satu mata sahaja heheh keputusan rasminya ialah 15 – 1… perlawanan seterusnya yang berlangsung ialah seperti dibawah :

Abg/nira vs pengantin - perlawanan berlangsung amat sengit dan tengit… kedua dua bergu bergilir gilir mengutip mata dan bulu tangkis di atas gelanggang… bergu pengantin telah menunjukkan mereka telah mula serasi dan mendapat rentak yang diinginkan… dan hasilnya kemenangan berpihak kepada bergu pengantin dengan kiraan mata yang cukup tipis…

Pesal/pekah vs elly/abg - perlawanan ini telah dijangkan sengit tetapi malangnya pasangan pesal iaitu pekah rupanya seperti tunggul batu… beliau begitu malas membuat pergerakan yang diperlukan… tetapi setelah dia bebel oleh pesal akhirnya pekah telah menampakkan sedikit peningkatan dimana dari tunggul batu kepada tunggul kayu… walaubagaimanapun akibat pesal selalu hampir tersepak tunggul yang dimaksudkan, maka akhirnya pasangan bergu pesal/pekah tewas kepada pasangan elly/abang

Pengantin vs maksu/ciknah - perlawanan yang dijangka sengit akhirnya menjadi hangit… apabila pasangan veteran gagal mendominasi dan gagal memecahkan keserasian pasangan pengantin… seringkali dilihat cik nah jatuh bergolek apabila bersungguh sungguh untuk mengelak bulu tangkis jatuh dia gelanggang beliau… keputusan akhir berpihak kepada pasangan pengantin… dan membuatkan mereka gembira tak terhingga dan senyum sampai ke telinga…

Pesal/nira vs abg/cik nah - perlawanan yang ini adalah perlawanan yang berprofile tinggi… dimana perlawanan kroni vs kroni… bergu adik beradik melawan bergu anak beranak… walaupun kelihatan bulu tangkis seringkali hinggap di muka nira akibat dismash oleh abang… tetapi hakikatnya lebih banyak bulu tangkis dikutip oleh bergu abg/ciknah di gelanggang mereka sendiri… ia adalah hasil dari kesilapan yang banyak dilakukan leh cik nah… ini membuatkan abang tak senang duduk dan panas punggung… dan mengakibatkan kombinasi mereka berdua terjejas… maka keputusan perlawanan yang berprofil tinggi ini telah dimenangi oleh bergu adik beradik…

Zakiman/maksu vs abg/cik nah (2 set) - perlawanan terakhir yang berlangsung ialah perlawanan bergu campuran yang menjadi tumpuan semua peserta iaitu diantara bergu zakiman/maksu vs cik nah/abang… jangkaan awal oleh para peserta ialah kemenangan akan berpihak kepada bergu cik nah/abang kerana mereka menjangkakan bahawa bergu maksu/zakiman tidak ada chemistry… tapi setelah perlawanan bermula, pasangan bergu maksu/zakiman kelihatan amat serasi dan intim sekali sehingga menyebabkan elly berasa panas punggung duduk diluar gelanggang… walaupun perlawanan diselang seli dengan gelak ketawa tetapi bergu maksu/zakiman tidak memberi sebarang peluang kepada lawannya… pada separuh perjalanan perlawanan bergu maksu/zakiman meninggalkan jauh bergu abg/cik nah… cik nah yang mula merasa marah dengan keadaan itu mula terasa ingin memukul abang… ye la kata orang pukul anak, sindir menantu (di marah ngan zakiman la tu sbb kalahkan dia uhuhuhu)… situasi itu telah memaksa abang memberi tumpuan yang lebih dan mereka mengejar mata demi mata… tetapi malangya sudah agak terlewat bak peribahasa sudah terhantuk baru tergadah… keputusan akhirnya bergu maksu/zakiman menang dengan bergaya… haa jangan ingat perlawanan tamat begitu sahaja… rupa2 nya cik nah tak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami beliau dan mahu perlawanan set kedua diadakan meskipun masa telah melewati waktu tempahan court… perlawanan set kedua berkesudahan yang sama di mana bergu zakiman/maksu tetap menang bergaya… sebenarnya rahsia kemenangan bergu zakiman/maksu bukanlah keserasian mereka tetapi sebenarnya bergu mereka mendapat sokongan dan bimbingan yang padu dan jitu dari elly yang merupakan bekas pemain badminton hebat pada suatu ketika dahulu… tetapi sekarang prestasi nye menurun akibat berat badan yang melambung tinggi di pasaran uhuhu…

Selesai perlawanan terakhir kelihatan para pemain tersandar kepenatan diluar gelanggang… tetapi tiba2 abang telah hadir dengan membawa 10 tin air 100 Plus untuk habuan para pemain… tanpa melengahkan masa semua para pemain berebut rebut untuk mendapatkan habuan masing2… sambil meneguk air 100 plus para pemain berkemas barang dan peralatan untuk berangkat meninggalkan gelanggang yang meninggalkan seribu kenangan kepada mereka…

Diharap aktiviti2 seperti ini lebih kerap dianjurkan untuk lebih mengeratkan tali persaudaraan kita… akhir kata salam sukan untuk Negara dari setiausaha tidak rasmi Kelab Sukan Sedara Mara kita… sekian wassalam…

Regards,
Mohd Faisal Bakeri
Setiusaha Tak Rasmi