baru-baru ini En Faisal Bakeri telah mencadangkan satu acara BBQ diadakan di Rawang sempena meraikan pemergian ecah (atau nama sebenar Syangok) ke Sarawak untuk melanjutkan pelajarannya. BBq tersebut telah ditetapkan sehari selepas bday party anak kak miza iaitu pada 27/6/10 bersamaan hari Ahad ini. acara akan bermula pada pukul
10pagi onwards dan semua ahli keluarga Ntohlerr diwajibkan hadir (esp yang berbapakkan mokhtar ahmad) bagi mengimarahkan majlis. di samping itu juga, marilah kita bersama2 melawat org yang sakit iaitu Cik Tar (nama timangan Mokhtar Ahmad dan juga tar stand for rokok yang tidak dpt dipisahkan dgnnya) bersama begok-begoknya. selain ahli keluarga Ntohler, sesiapa jua dijemput hadir termasuklah
- ayam
- kambing
- ikan keli
- hati
- sotong
- udang
- dan sbgnya
untuk dilahap pada hari itew.. ecah juga dijangka akan membuat coleslaw special pada hari tersebut. bagi sesiapa yang ingin merasa kucing panggang, bolehlah juga menyembelih begok2 yang ada di rumah rawang itu untuk dibuat juadah istimewa.
acara akan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Haned dan diteruskan dengan perlawanan badminton pada sudut petangnya. sebarang pertanyaan boleh dimajukan secara terus kepada saya.
sekian terima kasih.