Tuesday, May 20, 2008
Makhluk Asing di BTP ???
Bandar Tasik Puteri: Satu penemuan luar biasa dilaporkan oleh sekumpulan pemain badminton Sabtu lepas. Penemuan yang dikatakan mirip jelmaan makhluk asing dari planet mana ntah itu tetiba menjelma di hadapan jurugambar perlawanan badminton pada malam tersebut. Makhluk 'burok' tersebut yang dikatakan hanya mempunyai satu objek berbentuk seakan mata manusia, satu titik itam seakan taik lalat dan yang paling jelas ialah dua lobang busuk pada bahagian bawah. Lobang misteri itu dikatakan mengeluarkan bunyi bising dan tiupan angin kencang yang ternyata menjejaskan permainan badminton pada malam tersebut, yang juga merupakan punca pada kemalangan yang menimpa En Azhar (Laporan lanjut akan menyusul). Di bawah ini merupakan imej yg sempat dirakamkan jurugambar. Sesiapa yg mempunyai maklumat sila tampil utk memberi kerjasama supaya bahaya dari lobang tersebut dapat dihapuskan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment